Kapsul Ekstrak Peria

KENALI KENCING MANIS YANG ANDA ALAMI

Apa itu kencing manis?

Penyakit kencing manis atau turut dikenali sebagai diabetes ini bukan sahaja dihidapi oleh golongan yang berusia, malah saban tahun ia semakin menular tanpa mengira usia dan jantina termasuk kanak-kanak dan remaja.

Kencing manis secara ringkasnya merupakan satu masalah kesihatan yang berkaitan dengan kadar gula dalam darah yang tinggi. Ia adalah satu keadaan yang mengganggu dan merosakkan keupayaan badan untuk memproses glukosa darah atau dikenali sebagai gula dalam darah. 

Turut dikenali sebagai Diabetes Mellitus (DM) dalam kalangan warga perubatan, penyakit diabetes ini boleh dibahagikan kepada tiga subkategori utama, iaitu:

  • Diabetes Mellitus jenis 1 (Type 1 Diabetes Mellitus, T1DM)

Merupakan diabetes yang paling kerap berlaku dalam kalangan individu kanak-kanak dan juga remaja. Ia adalah sejenis penyakit kronik yang berkait rapat dengan pelbagai komplikasi seperti retinopati, nefropati, neuropati dan juga morbiditi berkaitan dengan sistem kardiovaskular.

  • Diabetes Mellitus jenis 2 (Type 2 Diabetes Mellitus,T2DM)

Adalah satu penyakit diabetes yang kerap berlaku dalam kalangan individu dewasa. Diabetes jenis 2 ini banyak dipengaruhi oleh faktor persekitaran dan juga peranan kecenderungan genetik seseorang itu.

  • Diabetes Mellitus ketika hamil (Gestational Diabetes Mellitus, GDM)

Gestational diabetes mellitus (GDM) adalah merupakan satu penyakit yang biasa dialami oleh individu wanita hamil. Ia adalah salah satu komplikasi perubatan kerap dihadapi semasa kehamilan. Tidak seperti bentuk diabetes yang lain, diabetes gestasi akan hilang sejurus selepas kelahiran. Diabetes ini boleh menjejaskan kesihatan ibu dan janin jika tidak dikesan dan dikawal.

Jika ia dibiarkan secara berterusan, tanpa sebarang kawalan dan penjagaan yang lebih baik, kencing manis berisiko untuk menyebabkan pembentukan gula dalam darah, yang cenderung untuk meningkatkan risiko komplikasi penyakit kronik dan berbahaya seperti strok (angin ahmar), penyakit jantung, masalah buah pinggang, dan masalah kesihatan yang melibatkan saraf.


SUMBER : https://hellodoktor.com/gaya-hidup-sihat/tips-kesihatan/kesan-kencing-manis-dalam-kehidupan/#gref

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *